Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Berhad telah didaftarkan pada 14 April 1972 atas nama awal Syarikat Kerjasama Serbaguna Dewan Bahasa dan Pustaka Berhad mengikut Fasa 7, Ordinan Syarikat Bekerjasama-sama Tanah Melayu Tahun 1948 dan Nombor Pendaftar Bilangan 4715. Pada 27 November 1996 mengikut subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 Syarikat Kerjasama Serbaguna Dewan Bahasa dan Pustaka Berhad telah ditukar nama kepada KOPERASI DBP (M) BERHAD.

Rabu, Disember 29, 2010

KARNIVAL JUALAN BUKU KEMBALI KE SEKOLAH

Rabu, Januari 13, 2010


DAPATKAN PENAPIS AIR IMTIYAAZ
NANO ALKALINE TREATMENT SYSTEM

Hanya RM 598.00 sahaja
Bagi Ahli Koperasi DBP belian boleh melalui potongan gaji bulanan/pinjaman.
Berminat sila hubungi KOPERASI DBP BHD, 03 - 2148 5869 / 2143 3504 / 505

Rabu, Disember 23, 2009

KARNIVAL JUALAN BUKU KANAK-KANAK

Karnival ini lanjutkan tempohnya...jangan lepas peluang.

Isnin, September 14, 2009

Peta Lokasi


Dapatkan Buku-buku terbitan bermutu di Kedai Buku Koperasi DBP Bhd

Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi DBP Bhd. mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dari jauh mengangkat tangan,
Sudah dekat menjunjung duli,
Kami susun jari sepuluh,
Kami tunduk kepada yang satu,
Mohon ampun beribu ampun,
Mohon maaf beribu maaf

Selasa, September 08, 2009

Dapatkan segera Majalah Terbitan DBP yang mengupas pelbagai isu semasa, di Kedai Buku Koperasi DBP atau hubungi kami untuk pesanan dan langganan

Dewan Masyarakat: RM 5.50 - 7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Dewan Ekonomi: RM 6.50 - Kebangkitan Sindora Berhad

Dewan Budaya: RM 6.00 - Snek Selera Popular

Dewan Sastera: RM 6.00 - Arah dan Cabaran Perjuangan Penulis Muda

Dewan Bahasa: RM 6.50 - Pembudayaan Bahasa Kebangsaan

Pelita Bahasa: RM 4.50 - Pintar Dahulu Pintar Sekarang

Tunas Cipta: RM 5.00 - Kesusasteraan Islam dan Kreativiti Penulis Muda

Dewan Kosmik: RM 6.00 - Toksin dalam Makanan

Dewan Siswa: RM 3.50 - Remaja dan Permainan Tradisional

Dewan Pelajar: RM 3.00 - Malaysiaku Gemilang


Hubungi segera koperasi anda untuk pesanan/tempahan

Isnin, September 07, 2009


DBP telah menerbitkan Tafsir Mubin iaitu tafsir asli yang pertama karya penulis tempatan, buku ini menggunakan kaedah Syeikh Ali Sobuni sesuai untuk bacaan Umum, bersih daripada unsur Israliyah serta di peraku oleh pihak JAKIM dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Buku tafsir ini diterbitkan dalam bentuk set dan mengandungi 6 Jilid mulai Juzuk 1 - Juzuk 30 dengan harga di pasaran RM 600.00 amat sesuai untuk bacaan di perpustakaan. Segala pesanan boleh di buat melalui tunai/menggunakan L.O. kerajaan.

Pihak kami menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi setiap pesanan. Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Koperasi DBP Bhd, Tingkat Bawah, Menara DBP
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur

Tel: 03-21485869/03-21433505
Faks: 03-21487887
email:
koopdbp@yahoo.com
atau
Mohamed Endra bin Haji Noran (016-3373289

Industri yang berasaskan sumber buluh di negara ini telah wujud sejak lima puluhan lagi. Namun, aktivitinya hanya tertumpu pada penghasilan produk domestik bercorak tradisional. Oleh itu, industri ini hanya berkembang di peringkat pasaran tempatan sahaja. Ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan, pendedahan dan minat tentang kepentingan sumber buluh yang sedia ada. Buku ini memberikan maklumat berguna kepada masyarakat tentang buluh. Masyarakat dapat mengetahui tentang pelbagai jenis buluh, sifat fizikal buluh, taburan buluh, teknik penanaman buluh, perladangan buluh, kegunaan buluh landskap buluh, teknik pemprosesan buluh dan status industri buluh terkini khususnya yang sedang berkembang maju serta permasalahannya di Malaysia. Melalui buku ini masyarakat berpeluang memperoleh pengetahuan tentang buluh yang berpotensi untuk diguna pakai dalam pelbagai tujuan dan untuk dikomersialkan. Dalam buku ini juga, turut dimuatkan dengan beraneka gambar barangan kraf tangan dan perabot yang diperbuat daripada buluh.
Harga: RM 50.00
Terbitan DBP/2009

Untuk Pesanan hubungi Koperasi DBP
Tel: 03-2143 3504/03-2143 3505/03-2148 5569
email: koopdbp@yahoo.com

Buku ini merupakan himpunan rencana yang telah dibincangkan dalam wacana. Tajuk-tajuk yang dibincangkan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan seterusnya dijadikan medan perbincangan dan dialog intelek dalam kalangan mereka yang ingin turut serta. Bahan-bahan yang diutarakan di dalam buku ini diharapkan dapat mengayakan khazanah ilmu dan akan memberikan tatacara ke arah pemikiran sains. Buku ini dibahagikan kepada empat tema. Empat tema tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Sejarah Sains
  • Falsafah Sains
  • Dasar dan Eika Sains
  • Sains dan Masyarakat

Harga: RM 70.00
Terbitan DBP/2009
Untuk Pesanan hubungi Koperasi DBP
Tel: 03-2143 3504/03-2143 3505/03-2188 5869

Khamis, September 03, 2009

Aktiviti Perniagaan

Aktiviti Perniagaan utama Koperasi DBP Berhad adalah menjalankan Perniagaan Buku yang bertempat di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad. Perniagaan ini dijalankan secara tunai dan juga kredit dengan menjual pelbagai jenis buku, majalah dan bahan rujukan. Buku-buku yang dijual di Kedai Buku Koperasi adalah buku-buku bermutu terbitan DBP dan juga buku-buku dari penerbit lain.

Selain itu Koperasi DBP Berhad juga menjalankan Perniagaan Am iaitu perniagaan bukan buku. Antara perniagaan Am yang telah dijalankan ialah seperti projek tanaman serai, projek ternakan ikan keli di Alor Gajah, Melaka, penjenamaan dan penjualan air mineral Koperasi iaitu Di Resam, barangan cenderamata dan juga alat tulis. Selain dari perniagaan yang dijalankan ini Koperasi DBP Berhad juga adalah Pengedar yang telah dilantik oleh DBP bagi mengedarkan dan memasarkan buku-buku terbitan DBP di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Aktiviti pengedaran buku teks iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dijalankan saban tahun oleh Koperasi. Pengedaran buku teks ini melibatkan tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan juga Melaka. Sekolah yang terlibat dalam urusan pengedaran ini adalah berjumlah hampir 900 buah sekolah.

Perkhidmatan lain yang disediakan oleh Koperasi DBP Bhd ialah aktiviti pinjaman kepada anggota mengikut kelayakan dan peraturan yang ditetapkan. Aktiviti pinjaman ini terbahagi kepada pinjaman wang dan juga pinjaman barangan.

Mengikut rekod sehingga 31 Mei 2009 jumlah anggota adalah sebanyak 762 orang. Keanggotaan ini adalah melibatkan DBP Ibu Pejabat, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur, DBP Cawangan Sabah, DBP Cawangan Sarawak, Dawama Cawangan Hulu Kelang dan juga Dawama Cawangan Wisma Mirama.